Sama ada anda mengalami masalah kulit yang kering, jerawat , parut ataupun masalah muka berlubang anda semestinya ingin memiliki kulit yang licin dan suci bersih. Anda semestinya ingin merawat masalah ini dengan cepat, namun tiada cara yang berkesan dengan cepat.
Biasanya orang akan menyakinkan anda untuk membeli produk-produk kecantikan dengan harga yang mahal, namun tiada jaminan tentang keberkesanannya.
Adakah anda tahu bahawa untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, malahan terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara tradisional, dan ianya berkesan dan lahi-lagi-lagi murah!!!
Antara cara melicinkan muka menggunakan cara tradisional termasuklah :
1. Mencuci muka dengan betul
- cuci muka setiap hari (2 kali sehari) untuk mengelakkan kulit kering dan kulit berminyak
- gunakan sabun/pencuci muka yang tepat dan sesuai dengan kulit
- bilas dengan sempurna/bilasan terakhir guna air mineral
- keringkan dengan cara yang betul (menggunakan tuala yang lembut) *tuala khas untuk muka sahaja. asingkan dengan tuala badan
2. Exfoliate
Exfoliate ataupun terkelupas merujuk kepada proses sel kulit yang sudah mati terkelupas dari badan dan akan digantikan dengan sel kulit yang baharu.
Langkah ini adalah baik kepada anda kerana ia boleh menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain) dan mengembalikan keanjalan kulit muka, awet muda anda.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1.Face scrub
Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik. Terdapat banyak produk face scrub ataupun face mask dipasaran dunia mahupun tempatan.
Namun, anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuknya kerana anda boleh membuat face scrub sendiri. Cara-caranya adalah:
- Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
- Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.
Baking soda/powder akan mengeluarkan sebarang kotoran atau sel mati yang berada di bahagian muka anda.
2. Cuci muka menggunakan air suam
Sebelum anda menyapu scrub tersebut pada muka, anda perlu membasuh muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk menanggalkan bakteria ataupun kotoran lain yang terdapat pada muka anda.
Aplikasi face scrub adalah sesuai diamalkan semasa mandi.
3. Gunakan exfoliant pada muka
Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka (dengan berhati-hati).
Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi. Namun, elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.
4. Gosok Pada Permukaan Muka
Setelah anda menyapu exfoliant tersebut, anda dikehendaki untuk menggosoknya dengan perlahan-lahan agar lapisannya sekata.
Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda/powder tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.
5. Bilas dan keringkan muka anda
Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.
Sekiranya kulit anda agak kering selepas bilas, sila baca langkah-langkah untuk melembapkan muka di bawah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan